Pages

Sunday 19 January 2014

mati hidup semula

bersawang jugak aku punya blog,.. takleh bukak punya pasal,.. dan,.. adanya post nih,.. dah bole bukak la beb!!! hepi siakkk,.. haha,.. nih jgak titik permulaan aku menuju 2014,.. walaupon dah lme tahun baru disambut,.. so,. start!!!

Monday 12 August 2013

tension,. tension,.. tension,..

Hah,.. serius,.. ape yang serius?? takde ape,. ok,. cerita pasal hidup,. memang ade perit getir,. memang banyak onak duri,. memang banyak benda yang korang sendiri taknak dengar,.. huhh~~,.. nak tak nak,. kena la tempuh,..

Pasal masalah hidup,. benda normal,. tak payah lah sempitkan otak yang dah betul2 sempit tuh,. capasiti otak tuh takleh nak tampung,..sampai keluar taik telinga berdarah pon masalah tak kan selesai,.. pastu takyah pulak memandai mandai buat muka orang tahan e,ek (berak),. tak selesai masalah kau derh!!!

 ok,. simple je,. ikot tips nih,. well,. aku nih ada masalah,. tapi tak nak serabutkan jiwa,. hee,. cool je,. sebab tuh awek minat,. wakakaka,.. ikot tips nih,. gerenti korang cool cam aku,.. dan takkan serabut lagi,.

  1.  korang cuba cari pendengar setia,. bukan pendendam setia,.. haaa,. jage2!!!
  2. korang cuba untuk tenang,. nak lagi best,. mintak orang tendang,. haaa,..
  3. cuba untuk duduk dalam persekitaran yang harum dan damai,.. yela,.. cam bilik tongkang pecah korang tuh,.. kucing nak beranak pon tak senang duduk,.
  4. dah cakap pasal persekitaran,.. kena la bersih derh!! baru tak serabut,..
  5. solat jangan korang tinggal,. bak kate umi yang aku sayang,.. dia pesan sebelum masuk GMI,.. heee,.. solat jangan tinggal,. kalau tuhan je nak ingat kau,. kau tak ingat tuhan,. tak guna jugak kau belajar tinggi2,.. haa,. kalau ingat tuhan,. mudah la urusan kerja,. insya-allah,..
  6. cuba untuk bergurau dengan roommate,. cam kucing dengan anjing bergurau,. haa,. lebih kurang la,.. (salah ehh??)
  7. haaa,.. nih pompuan suka buat,. pastu duk berjam jam kat atas penimbang sambil mengharapkan berat diorang turun,. haaa,.. makan sepuas hati,.. hoho,.. (tak disyorkan oleh dentis sedunia)
  8. haa,. nih pon best jugak,. korang duduk kat dalam bilik air,. tunggu member korang masuk,. pastu bila diorang masuk,. cakap,.. "welcome to Narnia",.. gerenti depan bilik air jugak member korang terhibur sambil melepas,.. 
  9. daahh,. tak nak buat lelebih,. aku tau,.. nih dah tahap mengarut,.. 
haaa,. cuba lah guna kan tips yang diberi,. boleh hilang tension,. tips nih jugak boleh mengurangkan masalah usus terbelit.. hoho


Tuesday 30 July 2013

Elektrikal kehidupan

     Hati ini bagaikan kapasitor yang menyimpan cas2 elektrik cinta,.. tetapi,. minda pula bertindak sebagai penentang aliran cas elektrik daripada hati agar tidak menyesal kemudian,. dahulunya hati ini kuat memberontak bagaikan 'AC current',.. sentiasa berdolak dalik,.. tidak senang,. tidak mudah untuk bertenang dan sentiasa ingin berubah arah,. kini,. hati ini juga telah berubah menjadi seperti 'DC current' yang mahu  bergerak kehadapan,. dan bertindak dengan rasional akal dan hati,..
    
     Dengan adanya mekanik yang membaiki kehidupan,. perubahan hati ini ditambah dengan keimanan,. tiada lagi litar2 yang putus,. tiada lagi wayar2 yang rosak,. kerana hasil tangan yang baik daripada seorang mekanik membaiki kehidupan yang hampir rosak dek hati..

     Hati dan akal instrument penting dalam elektrikal kehidupan,. tanpa instrument tersebut,. maka matilah masa depan,. tanpa iman dan tindakan rasional,. maka matilah langkah masa depan.. :)

Monday 29 July 2013

long distance love

serius,.. new home,. new life,.. itu yang aku alami sekarang,.. member2,. i think its ok,.. not too complicated,. well,. tujuan aku nak menulis entri nih,.. sebab aku rindukan orang yang berjauhan.. aku tak boleh nak tipu diri sendiri yang aku tak rindukan sesape,. kucing kat rumah pon aku rindu nak belai,..

dia merindui aku,. sampai nak buat assignment pasal "long distance",.. haha,. agak terharu,. hmm,. susah jugak untuk berjauhan dengan orang yang betul2 kita dah sayang,.. nih tak bermaksud yang aku tak rindukan rumah,.. hoh,. itulah yang tiap hari aku dok pikir,..

well,. awal2 aku susah jugak nak terima dia dah berjauhan,. tapi tips paling mudah ialah,. sebagai lelaki yang dilahirkan dengan sifat sebagai seorang ketua,.. kena lah selalu mengalah,. sampai ke hati korang nak tengok si dia susah nak belajar hanya kan sifat selfish korang,.?? kita hormat keputusan dia,. dia hormat keputusan kita,. insyaAllah,. mudah hubungan korang dalam keadaan berjauhan,..

Monday 6 May 2013

MELAYU TAK AKAN MATI?

   Pasca PRU 13 nih,. boleh Nampak banyak reaksi manusia-manusia yang pelbagai,.. ada yang puas hati,. ada yang menyatakan pelbagai ketidak puasan hati,.. harap kesemua bertenang dan menerima apa yang telah ditakdirkan,.. jika kemenangan tersebut adalah kerana segelintir pihak yang mengunakan pelbagai tipu daya,.. biar Yang Maha Berkuasa saja yang memberi balasan,.

  Apa yang hendak diberi tahu disini, bukan lah kerana ingin menyatakan apa-apa tidak puas hati mana-mana kemenangan mahupun kekalahan parti,. tapi ingin menyatakan yang MELAYU KITA SEMAKIN HILANG NILAI PERPADUAN,.. kata-kata hang tuah yang diketahui umum iaitu "melayu takkan hilang di dunia" masih lagi kah relevan? kerana sudah terang lagi bersuluh bahawa melayu kita sudah berpecah belah hanya kerana politik di negara yang sering bergolak antara satu sama yang lain.

  Melayu masih lagi meraba-raba dalam kegelapan dan masih lagi tiada arah tuju untuk mencapai perpaduan sedangkan sudah jelas kaum cina di Malaysia sudah mencapai entiti tersendiri, walaupun entiti tersebut mempunyai agenda tersendiri,. kaum melayu sepatutnya terasa tergugat dengan pencapaian yang dibentuk oleh kaum cina,. mereka bukan sahaja Berjaya dalam dasar ekonomi tetapi juga Berjaya membentuk satu kaum  yang agak kukuh mempercayai antara satu sama lain,. jangan biarkan perpaduan kita diakhiri dengan pergolakan dan keruntuhan perpaduan.

   Sebagai generasi kini yang telah melepasi jurang sebelum teknologi dibentuk, tragedi 13 mei harus dijauhkan daripada terus menghantui Negara kita. Andaian terus dikeluarkan, jikalau negara terus bergolak dalam masalah perkauman, adakah kita masih lagi mampu berdiri dengan teguh? adakah kita masih lagi mampu tersenyum melihat Negara yang terus membangun tanpa ada rintangan? adakah kita mampu melihat masa depan yang lebih cerah sedangkan Negara tidak stabil dengan punca perkauman?

   Sebagai generasi yang baru setahun jagung untuk hidup, sebagai generasi yang baru hendak mencari-cari arah tuju, tetapi bukan jahil dalam persekitaran,. memahami apa yang sedang dihadapi,. berharap dengan kuat agar kaum ku tidak mati dek permainan dunia,.

                                                  
                                                         hanya gambar hiasan

  SEDAR LAH WAHAI ANAK MELAYU,.. PERMAINAN DUNIAWI SEDANG MEMECAH BELAH KAN KITA,.

Sunday 10 March 2013

IKUT HATI MATI

hah,. takde benda sangat aku nak cakap pasal kehidupan,.. aku nak tulis pasal benda yang 'common' dengan dunia keremajaan kita,.. iaitu cinta,.. well,. bukan nak bangga atau ape,. tapi kebanyakan member aku suka sangat carik aku sebab nak citer pasal masalah cinta diorang,.. aku pon banyak pengalaman,. haha.. itu buatkan aku lagi banyak pengalaman pasal cinta,..


1. korang jangan takut dengan cinta,.. sebab cinta itu bahagia,. kalau dilayan sangat cinta,. itu diketegori sebagai anda dalam BAHAYA,.. awas! haa.. cinta bole buat kita bahagia dalam kesengsaraan,. ataupun kesengsaraan dalam bahaya,. so,. baik korang tahu kedudukkan korang,..

2. cinta sebenarnya tak 'complicated',.. sebenarnya korang yang tak matang dalam cinta,. cinta nih sebenarnye jugak mematangkan diri korang.. kita amik contoh seorang perempuan,.. sebenarnye,. perempuan lagi banyak pengalaman daripada lelaki dalam hal cinta,.. bagi lelaki pulak,. korang hanya perlu matang je,. dengan tuh baru la boleh ada 'chemistry'

3. jangan la korang anggap cinta ini menyusahkan korang walaupon korang pernah kena 'dump' dengan seseorang,. sebenarnya itu untuk ajar korang tahu sifat2 manusia,. sume manusia pon tak sama sifatnye,. korang pon tahu,. tapi,.. kau dah ikot perasaan sangat,.. sampai korang cakap,.. semua lelaki/perempuan sama je,.. hah,.. itu perkara yang paling silap,. takut dengan trauma korang tuh,. nanti lelaki/perempuan yang ada minat kat korang tuh kena tempias sejarah hidup korang,. nasihat aku,. belajar untuk tau 'psycology' manusia,..

4. tak kenal maka tak cinta,. haa,. pepatah yang biasa korang dengar,. korang kena lah tau sifat pasangan korang,. atau paling bagus skali,.. biodata diorang,. tapi korang kena la simpan elok2,. jaga rahsia,. tak nak plak nanti balak/awek cop korang sebagai mulut tempayan,. haa,. elakkan,. dengan cara mengetahui antara satu sama lain,. korang akan mudah untuk jaga hati dan perasaan diorng,..

5. kekuatan iman,.. itu benda yang paling penting,.. sebab,. tak nak la nanti ade plak anak2 haram dilahirkan,. walaupon ade kondom sekali pon,. jangan cuba untuk rosakkan orang yang kau sayang,. jaga diorng cam korang jage enset/moto mahal korang... kalau calar atau rosak.. barang masih bole diganti,. tapi maruah tak bole!

haa,. untuk kali nih,.. itu je yang bole aku nasihat kan,. sebagai anak Malaysia,. anak kepada ibu bapa korang,. jaga maruah diri dan Negara,.

Monday 4 March 2013

AKU DAN CINTA PERTAMA

     Sejak kali pertama aku terserempak dengan kau,.. aku rasakan bagai bermimpi,.. "adakah betul aku sedang melihat kau",.. aku menanyakan kepada diri ku,. hah,. tapi apakan daya,. aku sedar,. aku msih lagi tidak mampu untuk memiliki kau,. pada masa itu,. tiap kali aku terpandang kau,. aku rasakan diri ini memerlukan kau,. tapi,. aku faham yang engkau tiada setitik perasaan pun terhadap aku,. kau selalu jual mahal,. "hmm,. tidak apa lah,. aku faham,. " rintihan aku, aku hanya mampu tersenyum apabila melihat kau,.. ada sedikit perasaan cemburu apa bila orang lain mendekati kau,. tapi,.. kau masih lagi bukan milik aku,..


     Pada suatu hari,. aku terserempak kau lagi,. tapi kali ini,. aku memandang tepat kepada kau lagi,.. hanya mampu memandang kau,. tiada gerak geri,.. hanya lah pandangan,..  "Hanya harapan yang aku berikan,. tiada janji yang boleh ku kotakan,." terdetik hati ku untuk mengeluarkan kata2 itu jikalau mampu,. tapi,. seperti yang aku kata kan,.. kata2 itu hanya lah boleh diluahkan di dalam ungkapan mimpi,. "Hah,. asyik2 mimpi,. asyik2 mimpi,." hati ku geram,. aku sering terfikir,. bolehkah buat seketika,.. diri ku bukan dalam buaian mimpi,. timbul pula persoalan itu dalam minda aku,.. dalam masa yang sama,.. teringat pula kata2 orang,. "jangan tunggu lama2,. nanti terlepas,.. kau juga yang susah,.",.. tapi,. kalau bukan jodoh,. tak apa lah,.

    
     Selang beberapa hari,.. hari yang terukirnya memori indah yang sungguh membuatkan diri ku berasa gembira,. adakah mungkin aku terserempak lagi?? ya! dengan bangga sekali boleh aku katakan begitu,. saat itu sungguh bermakna kerana saat itu lah aku bersuai kenal dangan 'dia',.  satu hari hanya dengan 'dia',.. gembira ku tidak digambarkan oleh kata2,. senyuman yang hangat dapat ku rasakan,. ketika itu ucapan syukur hanya mampu aku ucapkan,. hanya tuhan saja yang tahu perasaan aku,. Dan persetujuan telah dibuat akhirnya aku berjaya memilikinya,. setiap saat dan waktu sentiasa bersama,. terasa diri ini begitu bahagia di saat pahit dan manis,. 'dia' lah dimana tempat aku meluahkan,. 'dia' lah dimana tempat aku mengadu,. 'dia' juga lah dimana tempat aku berkongsi,.


     Tapi,. hari yang tenang,. panas yang diharapkan berpanjangan,. akhirnya dituruni hujan,. kekecewaan yang melanda membuatkan aku hampir hilang kawalan diri,. "kenapa jadi begini.." soalan yang tidak putus2 timbul dalam kepala aku,.. aku mengharapkan hubungan yang berkekalan,. tapi,. hubungan itu mati terbiar ditepi jalan yang penuh dengan harapan yang sudah dibazirkan,. harapan yang hanya dijadikan memori2 indah,.. aku sedar,. sejak itu lah aku menyatakan "jikalau aku meneruskan hidup,. tidak perlulah aku menoleh untuk memperoleh belas kasihan,. hidup perlu diteruskan walaupun tanpa kau,. kau sentiasa menjadi cebisan kenangan yang pernah wujud dalam hidup aku". saat itu lah aku rasakan seperti berjalan dalam hujan,. disertakan dengan tangisan. tiada sesiapa yang tau aku menangis,...... sepi,. tanpa kata,. terdiam dan kaku takda yang kan ku lupa,. apapun kata mereka,. biarkan kenangan berbunga di ranting usia,. antara potongan lirik lagu aizat yang bermain dalam minda aku membuatkan pilu melanda diri dengan lebih kuat,. akhirnya,. diri ku yang tewas telah aku bangkit walaupun dengan pelbagai kekalutan yang timbul,.. dan aku kini kuat,.


     Masa yang berlalu membuatkan aku sedar,. ketika itu aku masih mentah,. kau telah mematangkan jiwa aku yang semakin membesar ini,. kini kau hanya lah barang buruk yang telah lama aku simpan,. walaupon kau sudah berhabuk dan calar,. kau tetap aku simpan,. kerana kau lah HANDPHONE pertama aku,. kau juga lah pencipta cinta ku terhadap teknologi,. :)